EKSPEDISI KELULUT GUNUNG PULAI 31 DAN 31 MAC 2019

Jom! comments

Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai



KULAI - Sebanyak lima spesis kelulut berjaya ditemui menerusi Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor dan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT).
Ketua Ekspedisi yang juga Dekan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT, Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, spesis berkenaan merupakan kelulut liar menjadikan bunga hutan, pokok dan daun sebagai habitat.
Katanya, penemuan spesis kelulut itu menjadi bukti kawasan Gunung Pulai yang dikelilingi daerah yang pesat membangun seperti Johor Bahru dan Kulai, masih menjadi tempat pembiakan bagi lebah kelulut.
“Penemuan spesis lebah kelulut itu cukup berharga khususnya kepada industri penternakan kelulut di negeri Johor,”katanya.
Jelasnya, ekspedisi kelulut itu merupakan program utama penyelidik kelulut UMT.
“Ekspedisi ini sudah menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kali ini, kita bersama JBESS menjalankan ekspedisi ke Gunung Pulai bagi mencari spesis kelulut di kawasan ini dan seterusnya membuat pemetaan kelulut di sini,”katanya.

2,800 penternak kelulut di Johor

Presiden Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor (JBESS), Hazrulnizam Abu Bakar berkata, mengikut rekod Jabatan Pertanian terdapat 2,800 penternak kelulut di negeri ini.

Daripada jumlah itu, 600 orang menjadi ahli JBEES yang ditubuhkan empat tahun lalu sebagai pemangkin industri kelulut yang kini menjana kekayaan baharu buat negara.
Hazrulnizam berkata, selain mencari spesis kelulut di kawasan Gunung Pulai, ekspedisi yang disertai 40 penternak kelulut dari seluruh negara itu bertujuan membentuk hubungan lebih kukuh antara JBEES dengan penternak kelulut.
Peserta Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai.
 Peserta Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai.
“Kami daki Gunung Pulai bagi melihat sendiri spesis kelulut yang ada di kawasan ini.
“Pemetaan kawasan kelulut turut dilakukan supaya data mengenainya dapat disimpan dan dijadikan rujukan,” katanya.
Jelasnya, terdapat sekurang-kurangnya lima spesis kelulut yang mudah ditemui di negara ini.
“Kelulut heterotrigona itama merupakan spesis yang biasa ditemui di kawasan kebun dan kaki gunung. Sifatnya yang mudah diurus menjadi pilihan kepada penternak.
“Oleh itu, dengan ekspedisi ini akan lihat spesis kelulut ditemui itu dan seterusnya menjalankan kajian bagi melihat jenis kelulut yang sesuai untuk diternak,” katanya.

Elak penipuan

Hazrulnizam berkata, madu kelulut yang cukup berkhasiat sering dicari orang ramai.
Kesempatan itu digunakan bagi segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengaut untung dengan menipu menjual madu kelulut tiruan.
Jelasnya, penipuan madu kelulut cukup licik di mana ada yang mencampurkan madu kelulut dengan madu biasa, air gula melaka dan jus nanas.
Justeru, bagi mengelak penipuan madu kelulut, JBEES menyediakan satu platform bagi penternak kelulut memasarkan terus produk mereka kepada pengguna.
“JBEES menyediakan tiga kaedah mudah bagi pengguna mendapatkan madu kelulut asli dari penternak iaitu dengan berkunjung ke Pusat Rujukan Daerah JBEES di 10 daerah.
“Kedua, pengguna boleh melayari laman sesawang www.Usahawanmadukelulut.com dan akhirnya sekali menerusi media sosial JBEES,” katanya.
Menurut Hazrulnizam, pengguna akan bertemu sendiri dengan penternak kelulut yang berdaftar dengan persatuan bagi membolehkan mereka mendapatkan madu kelulut asli.
Hazrulnizam Bin Abu Bakar
Presiden Kelulut JBEES


Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara - IMKJ2030

Jom! comments



JOHOR BAHRU - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 yang dilancarkan hari ini merupakan antara usaha dilakukan kerajaan untuk mengangkat industri itu sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini 717 usahawan terlibat dalam industri ternakan dan pengeluaran madu kelulut di seluruh negara, dan pelan itu dijangkakan dapat membantu golongan terbabit meraih pendapatan tinggi dengan melihat kepada pasaran antarabangsa.

Menurutnya, pelan dihasilkan dengan kerjasama pintar Jabatan Pertanian Malaysia bersama pakar daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM) selain pemain industri.

“Kita (kerajaan) fokus kepada pembangunan industri kelulut negara di mana kita mempunyai pelan 2020 -2030 yang membuktikan betapa seriusnya kita untuk membantu pemain industri kerana kita melihat madu kelulut ini terbukti dari kajian saintifik memberi sumbangan kepada kesihatan.

“Oleh itu, ia memberi potensi dan peluang perniagaan yang begitu besar potensi kepada rakyat khususnya anak muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pelan itu dan pensijilan MyGAP Pemeliharaan Lebah & Kelulut di Pentas Budaya & Senitani Plaza Angsana di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salim Parlan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Haslina Abdul Hamid.

Salahuddin berkata, industri kelulut menghasilkan sejumlah 133 metrik tan madu kelulut setahun, justeru untuk memastikan pemain-pemain industri mampu bersaing di uar negara, kerajaan juga memperkenalkan pensijilan myGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia) ke atas setiap produk yang dihasilkan golongan berkenaan.

“Bermakna setiap usahawan yang mahu mengeluarkan produk ini perlu mendapatkan pensijilan myGAP. Ini sangat penting dan paling asas untuk memastikan ‘food safety’ atau dalam kata lain memastikan setiap produk pertanian ini mematuhi standard piawaian dunia.

“Ia juga telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya yang memberitahu tempoh pemprosesan pensijilan adalah selama dua tahun setengah sebelum ini namun telah dipendekkan kepada tiga hingga lapan bulan ketika ini. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59796/BERITA/Nasional/MOA-lancar-Pelan-Pembangunan-Industri-Kelulut-Negara-2020-2030
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pensijilan MYGap Lebah Kelulut Negara 2019

Jom! comments





JOHOR BAHRU - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 adalah usaha dan kesungguhan Kementerian Perta-nian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memajukan, menaik taraf dan memperkasakan industri perlebahan negara ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelan itu merupakan dokumen yang dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM).

Menurutnya, industri kelulut berpotensi memberikan pulangan ekonomi sebanyak RM2.385 bilion setahun pada masa hadapan.

“Sebanyak 99 peratus daripada nilai tersebut disumbangkan oleh aktiviti pendebungaan kelulut dalam sektor pertanian, manakala madu kelulut menyumbang sebanyak RM19.27 juta daripada keseluruhan nilai ekonomi yang mampu dijana oleh industri tersebut.

“Oleh itu, penggiat industri dan pengguna di Malaysia diharap dapat membudayakan amalan pertanian baik ini sama ada dalam aspek pengurusan ladang dan pengeluaran produk mahupun sebagai pilihan produk dalam kalangan pengguna.

"Ia bagi memastikan rakyat Malaysia memperolehi sumber makanan yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan,” katanya selepas melancarkan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dan Pensijilan myGAP Pemeliharaan Lebah dan Kelulut di Angsana Johor Bahru Mall di sini semalam.

Salahuddin berkata, pelan pembangunan itu turut melibatkan pemain industri perlebahan yang turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, dokumen pelan yang dihasilkan bagi menyokong dan memulihara industri penternakan kelulut untuk jangka masa panjang.

“Ia bagi memastikan industri perlebahan tempatan tidak terpinggir dan dapat ditambah baik dari masa ke masa melalui pelbagai inisiatif yang bakal diketengahkan menerusi pendekatan penternakan kelulut.

“Kementerian mahu memastikan industri ini berada di landasan yang betul dan semua aspek industri kelulut dapat diberi perhatian, sekali gus kebajikan penternak dan usahawan lebah serta kelulut lebih terjamin pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pelancaran pelan pembangunan dan pensijilan myGAP membuktikan kementerian serius membantu pemain industri dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, kajian yang dijalankan oleh UMT selama 10 tahun membuktikan kelulut memberi sumbangan kepada kesihatan.

“Hasil kajian sebelum ini membuktikan madu kelulut keluaran Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

“Kementerian komited memperkukuhkan lagi bidang ini dengan melancarkan pensijilan myGAP pemeliharaan lebah dan kelulut dengan setiap usahawan yang mahu mengeluarkan produk ini digalakkan mendapatkan pensijilan myGAP terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, kerajaan mengambil inisiatif memendekkan proses permohonan pensijlan myGAP bagi membantu usahawan terlibat.

Panduan ke arah penternakan lebih baik

Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dan Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) membantu memberi panduan kepada pengusaha lebah dan kelulut ke arah penternakan yang lebih baik.

Pengarah Urusan Kasih Hulu Langat Enterprise, Wan Ahmad Fuad Wan Ab Aziz, 60, berkata, dia percaya panduan yang disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu boleh dijadikan rujukan kepada pengusaha kelulut sepertinya.

Wan Ahmad Fuad berharap, pelan itu dapat menambah pengetahuannya mengenai prosedur operasi standard (SOP) ternak dan tuai menggunakan kaedah pengamalan yang terbaik.

Beliau yang mengusahakan produk jenama Kelulut Kasih berkata, dia mula bergiat aktif dalam bidang penternakan kelulut sejak tiga tahun lalu yang diusahakan di Batu 17, Dusun Tua Hulu Langat, Selangor.

Menurutnya, bermula dengan 30 sarang kelulut, kini kelulut yang diusahakan mencapai angka 170 sarang.

“Modal untuk memulakan penternakan itu tidak terlalu besar tetapi saya mula dengan jumlah sedikit dulu tanpa sebarang pengetahuan.

“Saya akui mengalami kerugian pada awalnya tetapi lama-kelamaan saya mula belajar. Saya berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat yang beri sokongan bantuan geran sebanyak RM50,000,” katanya.

Hasil ketekunannya, Wan Ahmad Fuad kini mampu tersenyum apabila kelulut yang diternak mula mengeluar-kan hasil selepas enam bulan diusahakan.

Sementara itu, Dzulfakar Muhamad, 42, yang mengusahakan madu kelulut di bawah jenama MS Bee Alley atau Lembah Kelulut Malaya di Hutan Lipur Lenggeng sejak 2014 berkata, potensi bidang perusahaan madu kelulut amat besar.

Namun katanya, perlu ada pemahaman yang menyeluruh jika berminat menceburi bidang berkenaan.

“Mulakan dengan satu sarang terlebih dahulu, jangan terus bermula dalam kuantiti yang besar.

“Bila sudah faham bagaimana untuk kendalikan lebah, minat akan datang dengan sendiri,” katanya.

Menurutnya, selain fokus dengan perusahaannya itu, dia turut memberi tumpuan kepada biodiversiti khususnya usaha-usaha memastikan lebah tidak pupus.

Sementara itu, Hidayat Shafie, 31, yang mewakili Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor berkata, pihaknya giat mengadakan taklimat, latihan, pameran dan kelas percuma kepada pihak yang berminat mahu menceburi madu kelulut.

Katanya, modal permulaan sekitar RM400 sehingga RM500 untuk satu sarang dan perusahaan madu kelulut mampu memberikan pulangan hampir setiap bulan.

“Saya harap pasaran madu kelulut akan menjadi lebih baik. Orang ramai khususnya belia digalakkan menceburi perusahaan ini kerana potensinya yang luas,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59856/BERITA/Nasional/MOA-perkasa-industri-lebah-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jaringan perkongsian Industri Kelulut JBEES bersama Pengerusi MARA CORPORATION 2019

Jom! comments

31 Okt 2019 KHAMIS 

Persinggahan Pengerusi MARA CORP Tuan Akramsyah  di Taman Lebah Kelulut Urban FARM Dato Halim Di Kg Serama Johor Bahru sebelum mesyuarat pergerakan industri Madu Kelulut Johor dibawah NGO Kelulut JBEES .

Pertemuan ini diaturkan demi mendapatkan pandangan dan menerima buah fikiran persediaan JBEES bagi melangkui Industri Madu Kelulut Johor 2030 menjadi kenyataan kelak . 

 MARA CORP sebuah entiti yang digerakan untuk membina pasaran dan pelaburan berjangka masa pendek dan panjang untuk membina solusi daya perngukuhan MARA dimasa hadapan .

Semoga JBEES  bersama Syarikat Pemasaran ASIANA BEES SDN BHD dapat merealisasikan IMKJ2030 .

Jalinan hubungan NGO Kelulut JBEES bersama Komuniti Urban Farm PUTRAJAYA 2019

Jom! comments





Seisi Bergambar Bersama Peserta Kebun Urban PUTRAJA 2019 




Pembangunan kelestarian MyGAP Kelulut JBEES 2019

Jom! comments











Pembangunan Kerjasama Erat Pertubuhan Peladang bersama NGO Kelulut JBEES

Jom! comments

 Pengarah Pembangunan Usahawan Peladang
Di Taman Lebah Kelulut Kempas Johor Bahru Milik Tuan Aslizat
Usahawan Madu Kelulut JBEES  dibawah PRD Johor Bahru . 





Perkongsian perjalanan JBEES sebagai NGO Kelulut Johor didalam membawa 600 pengusaha kelulut Johor dibawah 1 Naungan NGO dan Bergerak menggunakan Platform Muafakat Komuniti Johor . 


Membawa Hala Tuju Industri Madu Kelulut Johor & Malaysia melalui kerjasama erat JBEES & PELADANG dibawah dasar yang lebih jelas untuk dibawa ke tahap Menteri Pertanian Asas Tani 





Santai menjawab persoalan dari Peladang HQ dan Wakil Peladang Negeri Johor serta beberapa wakil PPK Kuala Lipis Pahang . 




Terima kasih Pengarah Pembangunan Usahawan PELADANG Malaysia hadir ke sebuah Taman Agroliti FARM JBEES dan Santai bersama mengerakkan Industri Madu Kelulut Johor . 

Pembangunan Produk Berimpak Tinggi JBEES 2021

Jom! comments

22 Sept 2019 AHAD UTHM .

Perbincangan bersama Penyelidik UTHM Dr Balqis Yang merupakan Rakan Penyelidik JBEES sejak 2015 lagi .



Perkongsian kajian Produk Madu Kelulut Berimpak Tinggi bersama Rakan Industri Kelulut JBEES Sebagai Pemilik Produk & Pemasaran Untuk Di Pasaran Malaysia dan Antarabangsa .


Rakan Industri Kelulut JBEES bergambar bersama Prof Dr Nafarizal Institute Integrated Engineering UTHM & Dr Balqis Fakulti Teknologi Kejuruteraan Makanan  UTHM 



Perbincangan Ringkas bersama DEAN FIZIK UTHM untuk kerjasama Kajian Quantum Nano Untuk Stabiliti Kehidupan Kelulut 

 Tunggu Produk Kajian Berimpak Tinggi dibawah Plan Strategik JBEES 2021 .


Hazrulnizam Bin Abu Bakar 
Presiden Kelulut JBEES 2019/2021

Premis Pemprosesan Madu Kelulut Halal JBEES

Jom! comments

 Ketekunan Pegawai PRD Segamat Menuntut Ilmu Membangunkan Premis Pemprosesan Halal untuk MADU KELULUT DAN ROTI KELULUT .


 Pengurusan Pengetahuan Halal di Malaysia dibawah QES MANAGEMENT CONSULTANTS SDN BHD .


Panduan Malaysia Standard 1500:2019 


Tahniah Peserta Yang Hadir Kursus Premis Halal Anjuran QES MANAGEMENT CONSULTANTS SDN BHD .



Khusyuk Peserta mempelajari pelbagai sudut perundangan dan kaedah permohonan Premis Halal .


Statistik Yang Baik untuk Panduan Pengusaha Madu Kelulut Johor .



Tahniah Ustaz Hidayat 
Pegawai Pusat Rujukan Daerah Segamat 
JBEES .


Terima kasih Tuan Khairil Anwar Razali 
Membantu Pengusaha Ke Arah PREMIS HALAL JAKIM .


Pembangunan Industri Madu Kelulut Johor - IMKJ2030

Jom! comments

            USAHAWAN MODALITI JBEES

DESTINASI KELULUT & RAKAN STRATEGIK .

Melakarkan sesebuah Plan Pembangunan Industri Kelulut #IMK2030 merangkumi 4 kekuatan yang perlu di setarakan segera bagi memudahkan dan merencana sumber kekayaan baharu kedua Negara bernilai biliion USD .

➡  PENGUSAHA/PENTERNAK ( PENGERAK)
➡  PENGUASA PENGUBAL DASAR ( HULUAN )
➡  PENYELIDIK & PENYELIDIKAN (HILIRAN)
➡  PENGGUNA DAN PENGAMAL ( END USER)

Persoalan yang wujud di benak fikiran PENTERNAK KECIL ......?

Kemana ARAH TUJUAN kita sebagai Pengusaha Kelulut Kampung ?

4 Asas Boleh Di Pegang Kuat-Kuat :

👍 Penternak Kelulut ( Lokaliti )
Ternak Yang Mampu & Jual Madu Sendiri

👍 Penternak Kelulut ( Modaliti )
Ternak Yang Besar & Jual Harga Ladang

👍 Penternak Kelulut ( Hobiliti )
Ternak Yang Mampu & Makan Sendiri

👍 Penternak Kelulut ( Agroliti )
Ternak Yang Mampu & Jual Komuniti

Setiap Asas akan merubah pendekatan dan pendapatan Pengusaha Itu Sendiri .

Selamat Beramal .

Hazrulnizam Abu Bakar
Presiden Kelulut JBEES
SU GerakKerja Gabungan PUKM
Pengerak Industri Kelulut JBEES

#TeamJBEES
#TeamGabunganPengusahaKelulutMalaysia
#TeamMaduKelulutMalaysia
#TeamPRDJBEES
#TeamPRBJBEES
#TeamPRKJBEES
#PlanPembangunanIMK2030