Wabak Serangga Menyerang Kelulut Di Utara

Jom! comments


AHLI JBEES BERSIAP SEDIA AMARAN  









2 MAKHLUK UTAMA PEROSAK SARANG KELULUT ~ Simpan Untuk Rujukan & Sebarkan Untuk Pencegahan Akan Datang. - Siri 5

i. Black Soldier Fly (Gambar Bawah)
ii. Coleoptera Nitidulidae (Gambar Atas)

Pengusaha lebah kelulut di Malaysia baru riuh dengan serangan Black Soldier Fly (Hermetia illucens) - BSF tapi belum lagi dengan serangan Kumbang Coleoptera Nitidulidae (Haptoncus luteolus) - CN yang kesan kemusnahan koloni lebih besar dan boleh merebak lagi cepat dan paling sukar dikawal.

BSF dan CN sememangnya terdapat di Malaysia, dan Asia.

• BSF - Segmen serangan di "Propolis Masam" yang terkena air hujan, terutamanya dibahagian bawah log kayu dengan palapik, ia akan pergi bertelur, larvanya akan menetas berkumpul dalam Madu, bendalir madu adalah penting untuk larva BSF terus hidup, kerana ia mesti sentiasa dalam keadaan lembab.

Selepas larvanya menetas ia boleh hidup membesar menjadi ulat dan memakan semua madu, bee bread untuk menjadi pupa, disinilah kita boleh lihat ulat-ulat besar dalam koloni kelulut. Koloni anda akan musnah berperingkat-peringkat dalam masa 2 minggu jika tidak dikawal selia ladang, kaedah kawalan saya sudah tulis pd BSF Siri 3.

• CN - Segmen serangan di Kantung "Bee Bread Lembab", sebab ia adalah Kumbang pemakan polen/debunga yang sentiasa ada di bunga-bunga, musim hujan lebat ia kekurangan makanan, maka ia akan menyerang koloni-koloni kelulut yang ada debunga.

CN bertelur dalam kantung Bee Bread, simptomnya kantung bee bread anda macam ditebuk kumbang dan terdapat serbuk serbuk bee bread dalam kotak kelulut berteraburan. Fasa akhir serangan, koloni kelulut anda akan nampak larva-larva ulat halus di dalam kantung memakan bee bread, madu dan propolis. Koloni anda boleh musnah dalam masa 2 minggu, 2 bulan satu ladang anda akan musnah jika dibiarkan sebab ia sangat cepat merebak.

Nota: Sangat berbeza saiz larva(ulat) diantara BSF dan CN.

Kenapa saya tergerak hati bagi artikel ringkas ini? Supaya rakan2 penternak lebah kelulut boleh mengawalnya pada masa depan.

Noted By www.lebahkelulut.com
Hisyamuddin Kelantan

KLIK DI SINI