Perhimpunan Usahawan Kelulut Johor - PUK-JOHOR

Jom! comments

Jumpa kita di sana ....

Live Update : www.fb.com/johobees

Notis Mesyuarat Agong JBEES Kali Pertama 2015

Jom! comments



Tempat Mesyuarat AGM JBEES Dah Confirm . 

TARIKH : 19 DECEMBER 2015 
TEMPAT : DEWAN SEMINAR 
PUSAT LATIHAN RTC JOHOR ( KULAIJAYA ) 
PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR JOHOR
TERMINAL BAS KULAIJAYA . KULAI

Hubungi Urusetia

AJ Pagoh - Azrol Pagoh
Kelulut Muar - Ustaz Firdaus
Zulkefli Ibrahim - Zulkefli BP

Boleh ikut di Telegram JBEES

https://telegram.me/joinchat/AOaPUQOO00U4zwPrhpFogw

EBOOK PENGURUSAN PENTERNAKAN DAN PELADANGAN ~ PAK LONG MIE KEDAH

Jom! comments


 Penjualan E-BOOK Pengurusan Ternakan & Peladangan oleh Pak Long Mie

WHASP <> NAMA <> EMAIL <> +60 13-755 5253

PEMBAYARAN AKAN DIBUAT DI ACCOUNT AZROL PAGOH


*penjualan dengan Persetujuan dengan pak long mie ( Penulis Buku )



Pembiayaan Modal Kerajaan kepada Peniaga Bumiputera dan JBEES

Jom! comments

Rajah Pembiayaan Kewangan Modal yang ditawarkan oleh Agensi-Agensi Kerajaan kepada Usahawan  Khas kepada Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES )

Perkongsian rajah ini adalah petikan dari FB Dr Azlan General Manager RTC Johor .
RTC ( Rural Tranformation Centre ) Pusat Pembangunan Transformasi Luar Bandar membimbing dan membangunkan pelbagai kerjsama dengan semua Agensi berkaitan dengan Komunit Kampung dan Luar bandar .

Ilmu yang sangat bermanfaat kepada JBEES dan Ahli JBEES seluruh Johor .

- Sidang Meja Admin -
NP 2015 

JBEES Komuniti Usahawan Lebah Kelulut Johor

Jom! comments

Meja Pengerusi Badan Penaja JBEES .


PERSATUAN USAHAWAN LEBAH KELULUT JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

Syukur dengan rahmat dan tarbiyah yang baik dari rakan seperjuangan dalam meningkatkan INDUSTRI LEBAH MADU KELULUT Johor sebagai wadah perjuangan makanan Sunnah & Makanan yang di nukil didalam AlQuran Al Karim sebagai penawar .

Walaupon fakta dan ujian kepada Indutri adalah sangat besar terhadap Madu Kelulu Tiruan yang sudah memasuki pasaran dengan harga lebih rendah . Pengusaha Seluruh Malaysia Am di Johor telah mengorak langkah kepada Pengusaha Berdaya Saing dengan Peningkatkan Pengeluaran Madu kelulut Asli secara konsisten demi memenuhi permintaan didalam Johor dan Singapura .

Komuniti yang kecil akan di pandang BESAR oleh masyarakat UMUM kerana walaupon pengeluaran terhad pada masa tertentu . Pengguna sangat menyakini  JBEES akan mengorak langkah kehadapan lebih FOKUS membantu PENGGUNA dengan memberi keyakinan MADU KELULUT dibawah Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES ) menjadi wadah perjuangan INDUSTRI LEBAH KELULUT JOHOR .

Jom bersama dengan kami  . Daftar kan Nama anda dan Jumlah Log Koloni sebagai Pemantapan & Pengurusan Data Persatuan secara kolektif dan tersusun .

Whatsp <> Nama <> Jumlah Log <> Daerah <>  013 616 3163 ( NizamPower )


Bajet 2016 Lebah madu kelulut Impak terbaik Kepada Persatuan JBEES

Jom! comments







Meja Pengerusi Penaja Persatuan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES) menerima dengan terbuka akan pembentangan #bajet2016 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak .

Bajet yang memberi impak kepada Pengusaha Lebah Madu Kelulut Johor amnya akan Skop Intensif Pembangunan dan Peningkatan Pengeluaran Madu Kelulut didalam Pembentangan Bajet 2016 .



DATO SERI AHMAD SHABERY CHEEK ketika
Lawatan Perasmian Hari Peladang , Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu
( foto by Redhill Trigona , Terengganu ) 



Lawatan Perasmian Perdana Menteri ke 6 
Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di KUD 2015 di putrajaya .
( Foto by Hisyammudin FB )


Proses Pembangunan Usahawan Lebah Madu Kelulut dalam Bandar Johor Bahru dengan kerjasama Trigona Power Farm sebagai Konsultan Kelulut Johor 


 Pembangunan Usahawan Lebah Madu Kelulut sebagai  Agro & Eco Pelancongan Negeri Johor .  Kerjasama bersama dengan Koperasi Kampung Sungai Latoh Masai Berhad . 



Hasil ternakan Usahawan Lebah Madu Kelulut Kormisel dan bergerak bersama 


Persatuan Usahawan Lebah kelulut Johor berjaya di daftarkan .

1 comments


Alhamdulilah Syukur kepada ALLAH s.w.t .
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah meluluskan Pendaftaran Persatuan JBEES .
secara praktikal Segala aktiviti yang di anjurkan dan dilakukan oleh persatuan adalah termaktub mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan .

Kami rasa syukur dengan penubuhan dapat merangka industri lebah kelulut Johor lebih sistematik dan mendapat sokongan Agensi berkaitan . 



Pengumpulan Data Pengusaha Lebah Kelulut Negeri Johor

Jom! comments

Bismillahirrahmannirahim

Sidang Pengerusi Badan Penaja JBEES .


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pengusaha Lebah Kelulut Johor .

Saya ingin pengusaha lebah kelulut yang berada di negeri Johor Darul Ta;zim  bersama-sama dalam membina komuniti usahawan dan pengusaha lebah kelulut supaya menjadi lebih berstruktur dengan maklumat yang mantap dan teratur .

Objektif  Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES ) ditubuhkan :-

1. Menyatukan Pengusaha dan Usahawan Lebah Kelulut disetiap daerah didalam Negeri Johor Darul Ta'zim didalam 1 Komuniti yang berdaya saing dan maju .

2. Membina jaringan perkongsian dan pengurusan ladang ternakan secara konsisten dan teratur .

3. Membantu pengusaha dan usahawan dalam memajukan industri Penternakan Lebah Kelulut berwawasan dan komited di masa depan .

4. Membangunkan Pengusaha dan usahawan Lebah Kelulut mencapai standard antarabangsa

5. Meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia dan khusus warga johor mengenai kelebihan lebah kelulut.

6. Meningkatkan pengeluaran madu kelulut didalam Negeri Johor Darul Ta'zim secara konsisten .

7 . Membantu pengusaha dan usahawan mendapat bantuan geran dan sumber kewangan dari agensi berkenaan.

8 . Membantu Pengusaha dan Usahawan Lebah Kelulut Negeri Johor Darul Ta;zim mendapat pengiktirafan sewajarnya bermula dari pusat ternakan sehingga ke pemasaran antarabangsa .

9. Membantu Pengusaha & Usahawan Lebah Kelulut menjana pendapatan yang maksima pada masa depan.

10. Membantu Pengusaha dan Usahawan mendapat kerjsama dan jalinan erat bersama pihak Universiti atau penyelidik tempatan atau luar negara .


Berkomuniti  Kerana ALLAH
Hazrulnizam Abu Bakar
Pengerusi Badan Penaja JBEES


http://johobees.blogspot.my/p/daftar-jbees.html

Perjumpaan Penubuhan Badan Penaja Persatuan JBEES

Jom! comments


Assalamualaikum ,

Badan Penaja Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor  ( Pro Team JBEES )
masih dalam proses penubuhan didalam E-ROS .

Sekitar pertemuan pengusaha yang bergerak didalam Industri Lebah Kelulut Johor Darul Ta'zim .